suria

Malaysia catat 2 kes positif Covid-19, paling rendah sejak PKP... lelaki warga emas korban ke-118

Malaysia catat dua kes baharu pada Rabu.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan dua kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,338 kes setakat Rabu.

Daripada dua kes baharu yang telah dilaporkan, satu kes merupakan jangkitan import manakala satu lagi penularan tempatan dalam kalangan bukan warganegara di Kuching, Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh kes baharu Covid-19, tiada jangkitan libatkan rakyat tempatan... catat jumlah pesakit pulih paling tinggi hari ini

Rekod harian terbaharu itu sekaligus mencatatkan bilangan kes paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, satu kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 118 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan satu kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 118 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rabu petang.

Sehingga hari ini, 39 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 7,014 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lima kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut perincian kes kematian yang dilaporkan:

Kes ke-118 (kes 824) merupakan lelaki Malaysia umur 61 tahun, mempunyai latar belakang sakit kencing manis dan buah pinggang, mempunyai sejarah hadiri perhimpuann Sri Petaling. Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh sejak 5 Mac dan meninggal pada 10 jun jam 7 pagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain