suria

Tujuh kes baharu Covid-19, tiada jangkitan libatkan rakyat tempatan... catat jumlah pesakit pulih paling tinggi hari ini

Malaysia catat tujuh kes baharu pada Selasa.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan tujuh kes baharu, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan adalah 8,336 kes setakat Selasa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,244 kes di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, enam kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, dan tiada kes penularan dalam negara dicatatkan di kalangan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat kes terendah sejak PKP, hanya 7 kes baharu positif Covid-19 hari ini!

Menurut Dr Noor Hisham, satu kes penularan dalam negara adalah seorang pekerja bukan warganegara iaitu kes saringan untuk mula bekerja.

Beliau juga memaklumkan, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 117 kes.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 117 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa petang.

Sehingga hari ini, 281 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 6,975 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, enam kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain