suria

Malaysia catat 37 kes baharu Covid-19, wanita 79 tahun jadi korban ke-117

Malaysia merekodkan 37 kes baharu Covid-19 pada Sabtu.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 37 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,304 kes setakat Sabtu.

Daripada 37 kes baharu yang telah dilaporkan, lapan merupakan kes import, 29 lagi adalah penularan dalam negara yang mana 19 pesakit merupakan bukan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Korban pertama akibat Covid-19 selepas 2 minggu, terkini hanya satu kes perlu bantuan pernafasan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, satu kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 117 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan satu kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 117 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabtu petang.

Sehingga hari ini, 25 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 6,635 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lima kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut perincian kes kematian yang dilaporkan:

Kes ke-117 (2,296) ialah perempuan warganegara Malaysia berusia 79 tahun, kontak rapat kes ke-1508, ada gejala sejak 18 Mac 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh 26 Mac setelah disahkan positif. Beliau meninggal dunia pada 5 Jun pada 2.05 minit petang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain