suria

Sukar sahkan punca kematian 117 pesakit Covid-19, Dr Noor Hisham harap fasa ‘mencuci’ data dapat atasi kekeliruan

KKM sedang meneliti semula punca kematian 117 pesakit akibat Covid-19.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti semula punca-punca kematian 117 korban Covid-19 di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat kekeliruan dalam memastikan punca sebenar apabila berkemungkinan ada pesakit positif yang meninggal kerana komplikasi penyakit lain dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 37 kes baharu Covid-19, wanita 79 tahun jadi korban ke-117

"Kes-kes kematian seramai 117 orang setakat ini, jadi punca tu susah untuk kita sahkan sama ada disebabkan oleh penyakit covid-19 ataupun dari komplikasi Covid-19.

"Contohnya, pesakit Covid-19 positif, tetapi virus mungkin dah sampai ke jantung dan menyebabkan pembekuan darah di jantung dan mati sebagai sakit jantung.

"Jadi sekarang ni mati disebabkan sakit jantung atau disebabkan Covid-19? Kita ada kerumitan untuk melihat kepada punca kematian," katanya menerusi sidang media pada Sabtu.

Namun kata Dr Noor Hisham lagi, ia berlainan sekiranya ada kes-kes berkaitan bunuh diri mahupun kemalangan.

"Contohnya kalau dia positif Covid-19 tapi dia membunuh diri. Jadi yang tu kita boleh asingkan kes.

"Ataupun pesakit Covid-19 terlibat dalam kemalangan jalan raya, jadi sebab kematian ialah kemalangan jalan raya," katanya lagi.

Tambahnya, KKM kini dalam fasa 'mencuci' semula data-data dan akan membuat kemaskini mengenainya apabila ia selesai kelak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain