10 hari dirawat, mangsa keracunan puding buih akhirnya meninggal dunia

Salah seorang mangsa keracunan makanan yang dipercayai berpunca dari puding buih, Siti Hasnah Mustafa, 37, menunjukkan puding buih yang dibelinya secara dalam talian. Foto: Bernama

SELEPAS 10 hari menerima rawatan, seorang wanita yang keracunan makanan akibat memakan puding buih di Terengganu akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi Rabu.

Mangsa wanita berusia 25 tahun dari Marang itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sebelum ini mangsa dimasukkan di wad HSNZ pada 24 Mei lalu sebelum dipindahkan di ICU dan disahkan meninggal dunia disebabkan kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.

ARTIKEL BERKAITAN: 53 pelajar SBPI Gopeng alami keracunan makanan

Difahamkan, mangsa mengalami keracunan makanan akibat memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.

Selain mangsa, beberapa ahli keluarganya turut dirawat di HSNZ kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati puding buih itu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, kematian itu merupakan kes pertama yang meninggal dunia akibat keracunan puding buih.

Menurutnya, siasatan terperinci telah dijalankan termasuk tindakan telah dikenakan ke atas peniaga terbabit.

"Kerajaan negeri bersimpati dengan tragedi yang menimpa keluarga mangsa dan kita berharap agar mereka tabah dan sabar.

"Kita ingatkan kepada orang ramai terutama peniaga dan pengendali makanan agar lebih berhati-hati kerana ia melibatkan keselamatan dan boleh mengancam nyawa.

"Kerajaan juga telah merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada peniaga yang menjual makanan dari rumah supaya lebih menitikberatkan aspek kebersihan kerana ia membabitkan nyawa.

"Walaupun ia merupakan kes yang berisiko kepada sesiapa sahaja ia juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa," katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, mangsa lain yang juga dirawat akibat keracunan puding buih telah beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah secara berperingkat.

Terdahulu, seramai 99 mangsa dikejarkan ke HSNZ apabila mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian.

Jumlah itu membabitkan 20 keluarga berlainan, 77 pesakit dari Kuala Terengganu manakala 22 lagi dari daerah Marang. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

puding buih, keracunan makanan

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain