“Mungkin ada kaitan aktiviti kunjung-mengunjung Aidilfitri” – Dr Noor Hisham ulas kluster pangsapuri di Cheras

Petugas khas menjalankan ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan/ Foto Bernama

KLUSTER jangkitan Covid-19 yang baharu di sebuah pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur yang membabitkan enam kes dikenal pasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, saringan tersebut dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau bagaimanapun memberitahu, melalui penyiasatan yang telah dijalankan, tiada pelajar, guru atau kakitangan dari pusat tahfiz tersebut yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

"Sehingga kini, terdapat enam kes di dalam kluster ini iaitu tiga kes yang merupakan penghuni pangsapuri tersebut, dan tiga kes lain di luar kawasan pangsapuri.

"Mereka telah dikesan melalui tindakan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection). Kes-kes positif kluster ini adalah merupakan ahli keluarga dan rakan kepada kes pertama yang dikesan.

"Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan, namun besar kemungkinan penularan Covid-19 adalah berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri," katanya pda sidang media, petang Selasa.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, siasatan dan saringan kontak rapat bagi keenam-enam kes tersebut telah dijalankan.

Beliau menambah, setakat ini seramai 120 orang telah dikenal pasti dan disaring, di mana enam kes positif Covid-19, 76 kes adalah negatif Covid-19 dan 38 lagi masih menunggu keputusan.

"Selain tindakan Active Case Detection yang telah mula dilaksana di pangsapuri tersebut, beberapa langkah kawalan penularan jangkitan Covid-19 turut giat dijalankan.

"Misalnya, pengasingan kontak dan aktiviti persampelan, aktiviti nyah kuman dan nyah cemar, hebahan pendidikan kesihatan berkaitan pencegahan jangkitan Covid-19," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pelajar tahfiz, kluster, pangsapuri, Cheras,

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain