Amuk! Lelaki langgar 5 orang awam hingga cedera dipercayai mabuk

Sebuah kereta yang melanggar beberapa orang awam dalam satu kejadian di perkarangan tapak penjaja dekat Kuala Lumpur, Jumaat.

BAHANA mabuk! Insiden lima orang awam yang dilanggar kereta oleh seorang lelaki yang mengamuk, dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Kejadian berlaku di perkarangan tapak penjaja di Pekan Bukit Sentosa, dekat Kuala Lumpur, Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pemborong tayar, melanggar gerai serta pengunjung di tapak penjaja itu, menyebabkan lima orang awam cedera.

Beliau berkata, lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (11) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Permohonan reman ke atas suspek telah dibuat dan polis meminta saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan kes ini," katanya dalam kenyataan.

Noor Azam menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian negatif terhadap kejadian itu dan meletakkan sepenuh keyakinan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci

Pada Jumaat, Bernama melaporkan seorang lelaki ditahan selepas mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang mengetuk cermin sisi keretanya semasa dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

Berikutan itu, lima orang mengalami kecederaan akibat dilanggar lelaki terbabit.

Terdahulu, tular di laman sosial yang memaparkan video berdurasi seminit lapan saat dan satu lagi video sama berdurasi 44 saat menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar gerai penjaja serta orang awam di tapak penjaja Pekan Bukit Sentosa. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

mabuk, mengamuk, langgar,

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain