suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

47 kes baharu Covid-19, tiada kematian dilaporkan hari ini

Malaysia catat 4 kes baharu Covid-19.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 47 kes baharu, menjadikan keseluruhan 6,941 kes setakat Isnin.

Daripada 44 kes baharu yang telah dilaporkan, 21 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 22 kes baharu positif Covid-19, tiada kematian direkodkan pada Ahad

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 113 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 iaitu bersamaan 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Isnin petang.

Sehingga hari ini, 44 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 5,615 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 13 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan enam kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain