suria

22 kes baharu positif Covid-19, tiada kematian direkodkan pada Ahad

Petugas kesihatan menjalankan saringan Covid-19 terhadap peniaga Pasar Borong Gong Pauh di Kuala Terengganu. - fotoBERNAMA

PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Ahad, menyaksikan pertambahan 22 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 6,894 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,210 kes.

"Daripada 22 kes yang dilaporkan, lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 17 kes adalah penularan tempatan di mana sembilan kes adalah bukan warganegara Malaysia," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Ahad petang.

Beliau memberitahu, tiada kes kematian terbaharu akibat Covid-19 di negara ini.

"Justeru, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia kekal sebanyak 113 kes iaitu 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes Covid-19 setakat Ahad, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 13 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 59 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Ahad.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 5,571 kes," kata Dr Noor Hisham.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 971 kes positif Covid-19 daripada keseluruhan 6,894 kes mempunyai sejarah merentas negeri.

"KKM khuatir melihat peningkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba.

"Tambahan pula sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri dengan 10 daripadanya masih aktif," kata Dr Noor Hisham.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, Dr Noor Hisham, KKM

Artikel Lain