suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan solat di masjid akan diketahui minggu ini

Keputusan itu akan diketahui minggu ini.

KEPUTUSAN sama ada untuk membenarkan umat Islam menunaikan solat di masjid akan diketahui minggu ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata Mesyuarat Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang diadakan Jumaat lepas telah mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), pakar perubatan, cendekiawan agama, mufti dan exco agama negeri berhubung perkara itu.

"Kita telah membuat kesimpulan bahawa ada pendekatan tertentu yang boleh kita laksanakan, namun untuk mengumumkannya saya tidak mempunyai kuasa itu berikutan ia terpaksa melalui proses yang lain...kesimpulan dan prosedur operasi standard (SOP) sudah ada.

"Perkara ini perlu melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dibawa ke Kabinet untuk diperhalusi sebelum dibawa kepada pihak berkuasa agama negeri dan Majlis Raja-Raja," katanya kepada pemberita pada program Musa'adah COVID di Kampung Bukit Tebu dekat Tanah Merah, Kelantan pada Isnin.

Pada program itu, beliau menyampaikan bantuan barangan keperluan asas makanan kepada 45 golongan asnaf.

Ahmad Marzuk berkata sehingga kini, pihaknya masih lagi menunggu keputusan Kabinet bagi dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.

"Masa terdekat kita akan mendapat keputusan Kabinet dan menjangkakan minggu ini akan ada pengumuman daripada Perdana Menteri yang kita sedia maklum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga Jun dan akan melibatkan Ramadan, solat Jumaat dan sebagainya," katanya. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

solat, masjid, KKM, Covid-19

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia