suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Orang awam ‘serbu’ lori bawa muatan ikan kembung terbalik

Orang awam mengutip ikan kembung yang bertaburan di atas jalan raya.

SEBUAH lori 3 tan yang membawa muatan ikan kembung dilaporkan terbalik di jalan susur lebuh raya selepas Jambatan Batu 5 dari arah Sitiawan ke Hutan Melintang di Hilir Perak petang Ahad menjadi tumpuan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata lori yang dipandu lelaki berusia 45 tahun membawa muatan ikan kembung sebanyak 4 tan itu terbalik selepas mengelak kenderaan yang cuba memotongnya menyebabkan muatan bertaburan di atas jalan dalam kejadian pada kira-kira 4.30 petang.

"Kejadian ini telah menarik perhatian orang awam yang lalu di situ dan mereka mula mengutip ikan-ikan yang bertaburan untuk dibawa pulang setelah mendapat kebenaran daripada pemilik syarikat di Sungai Besar.

"Pada masa yang sama, pekerja pemilik syarikat juga mengumpul semula kesemua ikan yang bertaburan dan orang awam telah mengambil sebanyak kira-kira 300 kilogram daripadanya," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad malam.

Beliau berkata kerja-kerja mengutip ikan selesai pada 7 petang dan kerugian akibat kejadian itu dianggarkan bernilai RM20,000.

Katanya tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan susulan insiden itu namun lori terbabit mengalami kerosakan pada cermin depan dan pintu kiri kemik selain pintu kayu sebelah kiri turut pecah. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ikan kembung, lori terbalik

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia