suria

Harga petrol, diesel kekal

Harga petrol dan diesel kekal bagi tempoh 9 Mei hingga 15 Mei ini.

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.25 dan RM1.55 seliter bagi tempoh 9 Mei hingga 15 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan harga runcit diesel juga kekal pada harga RM1.40 seliter.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga runcit petrol, diesel kekal

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, ” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

petrol, diesel

Artikel Lain