suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga runcit petrol, diesel kekal

Harga kesemua jenis bahan api itu kekal bermula 2 Mei hingga 8 Mei.

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada harga RM1.25 dan RM1.55 seliter, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan harga runcit diesel juga kekal pada harga RM1.40 seliter.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal! Harga RON 95, RON 97... diesel turun 3 sen

Harga bagi semua jenis bahan api itu berkuatkuasa dari tempoh 2 Mei hingga 8 Mei ini.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, ” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain