suria

PKPB: Enam lokasi jalan tutup sekitar Petaling Jaya akan dibuka semula

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal. Foto: Bernama

SEBANYAK enam lokasi jalan tutup di sekitar kawasan Petaling Jaya akan kembali dibuka pada Selasa (esok) susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, jalan berkenaan melibatkan Jalan PJS 5/46, Gasing Indah, Jalan Persiaran Mahogani (Seksyen 9) dan Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8).

ARTIKEL BERKAITAN: Lima laluan utama di Petaling Jaya ditutup bermula Jumaat

Selain itu, Jalan Persiaran Sungai Buloh (TSB) di Kota Damansara; di lampu isyarat PJU8/1 dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) susur keluar ke Mutiara Damansara.

Kesemua lokasi jalan tutup itu boleh dilalui orang awam berkuat kuasa pada 12 tengah malam ini (5 April), kata Nik Ezanee.

"Pembukaan ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan polis mengatur gerak semula petugas barisan hadapan bagi penugasan 'mobile' di kawasan tumpuan orang ramai,"ujarnya dalam satu kenyataan.

Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi PKPB supaya rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PKPB, jalan, PJ, Petaling Jaya

Artikel Lain