Lima laluan utama di Petaling Jaya ditutup bermula Jumaat

Nik Ezanee Mohd Faisal.

LIMA laluan utama di Petaling Jaya akan ditutup bermula 12 tengah malam pada Jumaat ini, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam satu kenyataan hari ini lima laluan terlibat ialah:

- Penchala Link arah Damansara dan susur masuk ke Mutiara Damansara atau Damansara Perdana 

- Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan susur masuk ke Mutiara Damansara atau Damansara Perdana.

- LDP dan susur masuk ke Jalan PJU 8/8 Flora Damansara

- Susur keluar ke Jalan PJU 7/8

- Lampu isyarat Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana susur Penchala Link atau Kepong.

Bagaimanapun, Nik Ezanee berkata orang awam boleh keluar dari kawasan Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Flora Damansara dengan menggunakan laluan alternatif dari Damansara Perdana ke Penchala Link dengan menggunakan Jalan PJU 7/9 Mutiara Damansara.

Sementara dari Damansara Perdana ke Persiaran Surian pula mereka boleh melalui Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara, katanya.

Nik Ezanee berkata walaupun laluan berkenaan ditutup selama 24 jam sehari tetapi masih boleh dilalui kenderaan ambulans, bomba, polis dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Mengulas lanjut, polis turut akan menambah satu lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) iaitu di PJU 7/1 Mutiara Damansara di kedua-dua arah, bermula pada waktu sama.

“Pihak polis sebelum ini melaksanakan dua SJR di Kilometer 0.3 Lebuhraya SPRINT menghala ke Plaza Tol Damansara dan satu lagi di Persiaran Surian Pelangi Damansara di kedua-dua arah,” katanya.

Nik Ezanee turut menasihatkan orang awam supaya mematuhi PKP sepenuhnya seiring usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak Covid-19. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain