suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kini boleh keluar berdua beli makanan, barang keperluan, ubat

Menerusi PKP fasa empat, ketua keluarga boleh ditemani seorang lagi ahli keluarga untuk membeli makanan, keperluan harian dan ubat-ubatan. Foto Bernama

MEREKA yang mahu keluar rumah untuk membeli makanan atau keperluan asas lain kini boleh ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tinggal di kediaman yang sama bermula Rabu (29 April) sehingga 12 Mei.

Ia susulan kelonggaran peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara ini dinyatakan dalam kemaskini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Selain itu, turut dinyatakan adalah mana-mana individu yang melakukan perjalanan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan atau kesihatan juga boleh ditemani seorang lagi.

Sebelum ini, individu tidak dibenarkan membawa orang lain ketika membeli barang keperluan.

Peraturan itu juga menyatakan bahawa mereka yang ingin membeli barang keperluan atau mendapatkan rawatan perubatan hanya boleh melakukannya dalam jarak 10 kilometer dari kediaman mereka. - The Star

berdua, PKP, makanan, barang keperluan, ubat,

Artikel Lain