suria

Warga emas 72 tahun korban terkini Covid-19, terkini Malaysia catat 50 kes positif

Malaysia mencatatkan 50 kes baharu dengan satu kes kematian dicatatkan pada Rabu.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 50 kes baharu, menjadikan keseluruhan 5,532 kes setakat Rabu.

Daripada jumlah keseluruhan, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,987 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut mencatatkan satu lagi korban akibat virus itu, menjadikan setakat ini 93 kes kematian keseluruhan.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 pesakit diabetes dan darah tinggi maut akibat Covid-19, terkini Malaysia catat 57 kes positif

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satulagi kes kematian berkaitan Covid-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 93 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rabu petang.

Setakat ini, 43 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 25 memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 103 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan keseluruhan 3,452 bersamaan 62.4 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

Berikut perincian kes kematian terbaharu yang diumumkan pada Rabu:

- Kes kematian ke-93 (kes ke-5483) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi.

Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 22 April 2020 jam 9.15 pagi.

Artikel Lain