suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kawasan perumahan warga Rohingya, sekitar pasar borong Selayang antara lokasi PKPD ke-6

Kerajaan pada Isnin mengumumkan PKPD keenam.

PUSAT Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur kini menjadi lokasi keenam di Malaysia yang diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin sehingga 3 Mei 2020.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media hari ini.

"Kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan PKPD keenam di Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Pasar Borong Selayang.

"PKPD ini berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 3 Mei 2020 melibatkan lapan parcel," ujarnya.

Dalam pada itu, Ismail turut memberi jaminan bekalan barangan keperluan harian di pasar itu tidak terjejas biarpun ia berada dalam status PKPD.

"Pasar borong tidak ditutup tetapi kawasan perumahan terutama yang melibatkan rakyat Rohingya yang memegang kad UNHCR yang ditutup, basar borong dibuka seperti biasa," ujarnya lagi.

Ia juga menjadi merupakan PKPD keenam selepas Hulu Langat, Simpang Renggam, Menara City One, Bangunan Selangor Mansion dan Bangunan Malayan Mansion, dan Masjid India yang dikenakan perintah itu.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Berikut merupakan lapan parcel yang terlibat dalam PKPD terbaharu itu: 

Parcel A: Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Parcel B:  Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Parcel C: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Parcel D:  Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
Parcel E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, Kuala Lumpur
Parcel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur


Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia