suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PKP: Kertas siasatan lengkap kes timbalan menteri kesihatan akan diserah kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut

Kertas siasatan melibatkan Ahli Parlimen Bagan Serai ini dijangka siap hari ini.

KERTAS siasatan berhubung kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Perak yang dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka siap hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Siasatan sedang aktif dijalankan dan (kertas siasatan) dijangka siap hari ini. Semua kes yang tular seperti ini pasti akan disiasat dan diambil tindakan,” katanya kepada Bernama, Isnin.

Terdahulu, beberapa gambar dimuat naik Dr Noor Azmi di Facebook mengenai lawatan di maahad tahfiz itu tular di media sosial dan status berkenaan kemudian mendapati reaksi warganet yang mendakwa beliau melanggar PKP Jumaat lalu.

Media melaporkan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dipetik sebagai berkata, siasatan awal mendapati Dr Noor Azmi sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kesihatan. - Bernama



Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia