suria

“Silap sebut, apa yang saya maksudkan...” Dr Adham jawab komen ‘500 negara’

Dr Adham Baba memberi penjelasan mengenai komennya berhubung '500 negara' yang tular di media sosial. Foto MOHD SAHAR MISNI

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan mengenai komennya berhubung '500 negara', dengan mengatakan bahawa beliau tersilap menyebut perkara itu.

"Saya tersilap mengatakan 500 negara, apa yang saya maksudkan adalah 500 perwakilan dari seluruh dunia," katanya menerusi mesej aplikasi WhatsApp kepada The Star pada Ahad.

Beliau menambah, hanya 50 negara yang mengambil bahagian dalam persidangan video ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Virus tak suka air panas? Dr Amalina sangkal mitos Menteri Kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Minum banyak air cegah virus masuk badan? Dr Imelda minta orang ramai ikut apa yang ditulis di web KKM - “Laman KKM tak nasihat minum air suam...”

Menteri Kesihatan, semasa mengadakan telesiang video bersama Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu, mengatakan bahawa beliau telah mengadakan telesidang video Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan '500 negara'.

Menerusi telesidang video tersebut, Dr Adham dan Ahmad Zahid sedang membincangkan mengenai Covid-19, yang disiarkan secara langsung di laman Facebook zahidhamidi.fanpage.

"Saya yakin bahawa apa yang kita buat telahpun diiktiraf dunia," kata Dr Adham.

Petikan perbualan dalam video berkenaan kemudian menjadi tular, dengan rata-ratanya menjadikan kenyataan Dr Adham itu sebagai bahan jenaka.

Rakyat Malaysia segera mengulas bahawa '500 negara' itu adalah sangat berbeza dari 193 negara berdaulat yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan 206  negara yang didaftarkan untuk Sukan Olimpik. - The Star

Dr Adham Baba, 500 negara, telesidang

Artikel Lain