Naik trak penjara ke pusat kuarantin tak benar! - Ismail Sabri

Trak tersebut digunakan untuk membawa barangan penumpang sahaja.

TIADA rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dibawa ke pusat kuarantin di seluruh negara menggunakan trak atau bas penjara.

Sebaliknya Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, trak tersebut hanya digunakan untuk membawa barangan penumpang sahaja.

"Semalam keluar berita yang mengatakan penumpang-penumpang dibawa ke pusat kuarantin dengan trak penjara atau bas penjara. Berita itu adalah tidak benar.

"Semua penumpang dibawa menggunakan bas disediakan pihak kerajaan atau Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara). Trak bawa barang mereka saja," katanya pada sidang media petang Sabtu.

Susulan itu, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan individu yang menyebar berita palsu ketika wabak Covid-19 membimbangkan dunia ketika ini.

"Ini bermakna berita palsu terus berlegar dalam negara walau keadaan Covid-19 sepatutnya semua berusaha menenangkan rakyat dan bantu kerajaan.

"Pihak kerajaan tidak akan berkompromi. Setakat 3 April lalu sebanyak 184 kertas siasatan telah dibuka PDRM dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) berkaitan penyebaran berita palsu.

"Daripada jumlah itu, 20 kes dibuka dan didakwa dimahkamah. Jadi saya menyeru rakyat supaya membantu kerajaan menyelesaikan isu Covid-19 dan bukan mengeruhkan lagi suasanan," katanya.

Mengenai penumpang dari Sabah dan Sarawak yang transit di Kuala Lumpur selepas tiba dari luar negara, mereka juga akan dikuarantin di pusat kuarantin berdekatan.

"Semalam saya sebutkan bahawa penumpang yang ingin teruskan perjalanan ke Sabah dan Sarawak, mereka tidak dikuarantin di Kuala Lumpur tapi bila pulang mereka akan dikuarantin di negeri masing-masing.

"Namun terdapat penumpang tak punyai penerbangan terus. Mereka belum ada tiket penerbangan pulang ke Sabah dan Sarawak. Mungkin penerbangan mereka tiga atau empat hari lagi. 

"Untuk penumpang seperti ini, mereka terpaksa keluar lapangan terbang. Mereka juga akan dikuarantin di pusat kuarantin di KL atau kawasan berdekatan," katanya.

Setakat Jumaat, Ismail Sabri berkata seramai 1,188 penumpang yang tiba dari luar negara sudah ditempatkan di 90 pusat kuarantin di seluruh negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain