Pelanggan dakwa duit tiba-tiba lesap, ini penjelasan CIMB Bank!

Kecoh di Twitter apabila pelanggan bank itu mendakwa wang mereka tiba-tiba lesap.

CIMB Bank memberi jaminan kepada para pelanggannya bahawa transaksi debit langsung dalam akaun mereka adalah transaksi kad debit yang sah.

Penjelasan itu diberikan susulan beberapa pelanggan bank itu yang berkongsi kebimbangan mereka di laman Twitter mengenai beberapa transaksi yang dinyatakan sebagai ‘direct debits’ atau debit langsung di aplikasi telefon bimbit CIMB Clicks atau laman sesawang bank itu.

Jurucakap CIMB ketika dihubungi pada Sabtu berkata, “Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan.

Menurutnya, insiden-insiden terpencil itu adalah berkenaan transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan /perkhidmatan penstriman dalam talian.

Bagaimanapun, beliau berkata transaksi-transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai debit langsung yang menimbulkan kekeliruan kepada para pelanggan.

“Kami memohon maaf terhadap sebarang kekeliruan dan akan menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit,” menurut jurucakap itu. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain