“Kaum keluarga tak payah sambut di airport” - Rakyat Malaysia pulang dari luar negara terus dikuarantin di tempat khas

Gambar fail seorang penumpang di balai ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto Bernama

RAKYAT Malaysia yang baru pulang dari luar negara akan dikuarantin selama 14 hari di tempat-tempat yang dikhaskan oleh kerajaan, bermula 3 April.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media, petang Selasa.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masih keluar rumah” - Rakyat Malaysia ‘pulang dari luar negara tapi degil’ jadi kebimbangan KKM, pertimbang tempat kuarantin khas

Ini kerana katanya, antara faktor peningkatan kes Covid-19 di kebanyakan negara disebabkan rakyat mereka pulang dari luar negara dan dijangkiti virus itu.

"Setiap rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan dikuarantin selama 14 hari di tempat-tempat yang dikhaskan oleh kerajaan.

"Sampai saja di airport mereka akan terus bawa ke tempat khas untuk dikuarantin yang disediakan," katanya.

Gambar fail keadaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dilihat agak lengang dan sunyi berikutan kurangnya para penumpang disebabkan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia. Foto Bernama

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, setibanya rakyat Malaysia di pusat kuarantin, mereka akan menjalani saringan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sepanjang tempoh kuarantin mereka perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis  Keselamatan Negara (MKN).

"Saya nasihatkan kaum keluarga supaya tak perlu pergi airport untuk menyambut ahli keluarga mereka kerana mereka akan terus dibawa ke pusat-pusat kuarantin yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Walaupun dikuarantin selama 14 hari, Ismail Sabri menjelaskan bahawa mereka masih boleh dihubungi oleh ahli keluarga menerusi panggilan telefon.

Pada Isnin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan masih ramai rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah atau home/self surveillance.

Sehubungan itu, beliau berkata, terdapat pertimbangan untuk menempatkan golongan tersebut di lokasi kuarantin khas yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kita telah memantau mereka, ada yang balik tetapi masih keluar dari rumah. Mungkin kita akan lihat bagaimanapun untuk menguatkuasakan tindakan kita, sama ada untuk pastikan mereka duduk di rumah atau kita ambil (mereka) duduk tempat kuarantin khas yang disediakan oleh KKM," katanya pada sidang media, petang Isnin.

Dr Noor Hisham berkata demikian mengenai kebimbangan terhadap gelombang kedua Covid-19 melanda negara ini melibatkan warga Malaysia, yang mana kes mereka adalah kes import iaitu mereka yang ke luar negara bagi tujuan melancong termasuk pelajar Malaysia di luar negara yang pulang ke tanah air.

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain