“Masih keluar rumah” - Rakyat Malaysia ‘pulang dari luar negara tapi degil’ jadi kebimbangan KKM, pertimbang tempat kuarantin khas

Seorang petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap orang awam. Gambar hiasan/Foto Bernama

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan masih ramai rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah atau home/self surveillance.

Sehubungan itu, beliau berkata, terdapat pertimbangan untuk menempatkan golongan tersebut di lokasi kuarantin khas yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kita telah memantau mereka, ada yang balik tetapi masih keluar dari rumah. Mungkin kita akan lihat bagaimanapun untuk menguatkuasakan tindakan kita, sama ada untuk pastikan mereka duduk di rumah atau kita ambil (mereka) duduk tempat kuarantin khas yang disediakan oleh KKM," katanya pada sidang media, petang Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kaum keluarga tak payah sambut di airport” - Rakyat Malaysia pulang dari luar negara terus dikuarantin di tempat khas

ARTIKEL BERKAITAN: Korban Covid-19 bertambah kepada 37 orang, 156 kes baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Covid-19 diramal capai kemuncak menjelang Ramadan, KKM siap sedia katil tambahan - “We prepare for the worst”

Dr Noor Hisham berkata demikian mengenai kebimbangan terhadap gelombang kedua Covid-19 melanda negara ini melibatkan warga Malaysia, yang mana kes mereka adalah kes import iaitu mereka yang ke luar negara bagi tujuan melancong termasuk pelajar Malaysia di luar negara yang pulang ke tanah air.

Beliau berkata, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu pada 18 Mac, terdapat lebih kurang 10,000 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dalam sehari.

“Lepas PKP, saya dapat maklumat daripada Jabatan Imigresen, terdapat 4,000 orang (pulang dari luar negara) sehari,” katanya pada sidang media, petang Isnin.

Menurut Dr Noor Hisham, ramai rakyat Malaysia ke luar negara semasa cuti sekolah, baru-baru ini.

"Masa cuti sekolah, ramai daripada kita yang dapat tiket (promosi) Matta Fair dan sebagainya. Dan mereka pergi melancong ke luar negara seperti Indonesia, Jepun, Korea dan apabila mereka kembali (ke Malaysia)... itulah kebimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Mereka mungkin membawa penyakit tersebut. Jadi, itulah persiapan yang kita laksanakan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya mereka balik dan kekal duduk di rumah," katanya.

Justeru, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa mereka yang pulang dari luar negara perlu menjalani home/self surveillance dengan mematuhi tatacara perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah yang telah ditetapkan. 

"Mereka perlu melakukan penjarakan sosial dan mengasingkan diri daripada ahli keluarga atau orang yang tinggal serumah selama 14 hari.

"Anda juga diminta memantau diri atau sebarang gejala dan segera melaporkan kepada kita sekiranya terdapat simptom-simptom," katanya.

Beliau berkata, langkah-langkah pencegahan itu bagi menangani penularan wabak Covid-19, susulan penyelidikan JP Morgan bahawa kadar jangkitan di Malaysia akan mencapai kemuncaknya pada pertengahan April sebanyak kira-kira 6,300 kes.

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain