suria

Zuraida dikritik pakai PPE, bukan masa cari publisiti murahan

Zuraida dikritik memakai PPE dalam satu program yang dihadirinya.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) bukan masa untuk ahli politik mencari publisiti murahan, kata Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Md Nasir.

Akmal mengkritik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap berwarna putih semasa operasi sanitasi.

"Pada waktu genting ini, menteri tidak seharusnya membuang masa dan menghimpunkan khalayak untuk melancarkan majlis dengan gimik.

"Beliau sepatutnya tidak berbuat demikian supaya (sut) PPE dan pegawainya dapat digunakan untuk menyokong petugas barisan hadapan (frontliner) kita," kata Akmal.

Akmal merujuk kepada penglibatan Zuraida pada latihan disinfeksi yang dikendalikan oleh kementeriannya di Petaling Jaya, pada Isnin.

Akmal berkata, penglibatan Zuraida dalam operasi sanitasi menyumbang kepada isu kekurangan PPE di seluruh negara.

"Menteri yang tidak terlibat sebagai frontliner, juga akan menyebabkan pembaziran sumber dalam keadaan hospital sekarang, yang berhadapan dengan kekurangan PPE.

"Malah, ada petugas yang terpaksa mengguna plastik sampah untuk dijadikan sebagai PPE bagi menjalankan tugas mereka," kata Akmal dalam satu kenyataan pada Selasa.

Akmal turut memberitahu, penglibatan Zuraida juga mempengaruhi kekurangan tenaga kerja, apabila pegawai dikehendaki mengikut protokol kerajaan bagi acara menteri.

"Sebagai contoh, beberapa pegawai yang sepatutnya bertugas terpaksa digunakan untuk tujuan pengiring dan membantu menteri dalam gimik tersebut," tambahnya. - The Star

Zuraida Kamaruddin, PPE, frontliner

Artikel Lain