Padah daki gunung di Kluang, 2 warga emas ditahan ingkar PKP

Warga emas berusia sekitar 60-an itu ditahan pada petang Isnin.

TINDAKAN dua lelaki warga emas mendaki Gunung Lambak dekat Kluang petang Isnin membawa padah, apabila kedua-duanya ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata lelaki berusia 64 dan 66 tahun itu ditahan pada kira-kira 2 petang oleh sepasukan polis hasil daripada maklumat yang diterima.

“Ketika rondaan, pihak polis menerima maklumat bahawa terdapat dua lelaki warga tempatan sedang mendaki Gunung Lambak.

“Hasil siasatan awal kedua-duanya tidak dapat memberi alasan yang munasabah mengapa mereka berada di luar rumah ketika dalam tempoh PKP.  Justeru itu, mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kluang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, di Kluang, Selasa.

Beliau berkata, Gunung Lambak ditutup sepenuhnya sejak arahan PKP dikeluarkan pada 18 Mac lepas.

Katanya kes disiasat mengikut Peraturan (7) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-- Bernama  

PKP, Gunung Lambak, Kluang

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain