suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis perketat PKP, beberapa jalan di Petaling Jaya ditutup bermula pagi Sabtu

Beberapa jalan di Petaling Jaya akan ditutup bermula pagi Sabtu. -Gambar hiasan

DALAM usaha membendung penularan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketat dengan penutupan beberapa jalan di sekitar Petaling Jaya, Selangor.

Menurut laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, beberapa jalan akan ditutup bermula 8 pagi, Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lagi meninggal dunia akibat Covid-19, jumlah keseluruhan 26 kematian

"Makluman penutupan jalan di sekitar kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya bermula jam 8 pagi esok (Sabtu) bagi Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jalan Persiaran Mahogani Seksyen 9, Jalan Persiaran Jati Seksyen 8, Jalan Persiaran Sg Buloh (TSB)," tulis pengendali Facebook rasmi itu pada Jumaat malam.

Bagi taburan kes Covid-19 di Selangor, Petaling Jaya berada di kedudukan kedua dengan 176 kes setakat Jumaat.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hulu Langat mendahului senarai dengan 186 kes diikuti Gombak dengan 54 kes dan Klang, 44 kes.

Pada hari ini juga, KKM mengumumkan tiga lagi kematian akibat Covid-19 pada Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan 26 kematian setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada hari ini juga terdapat 130 kes baharu, menjadikan 2,161 kes keseluruhan setakat ini.

Artikel Lain