suria

Warga tua alami simptom Covid-19 ditemui mati dalam tandas hospital

SEORANG pesakit yang disyaki dijangkiti wabak Covid-19 dilaporkan ditemui mati selepas ditempatkan di wad isolasi Hospital Serdang, Selangor.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7 malam di tandas Wad 7D hospital berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuti ke luar negara cetus tsunami gelombang ke-3 Covid-19

China Press melaporkan, lelaki berusia 62 tahun itu telah dimasukkan ke wad berkenaan pada 2.30 pagi Khamis kerana mengalami simptom wabak berkenaan dan masih menunggu keputusan ujian terhadapnya.

Jururawat bertugas yang telah ke tandas selepas mendapati pesakit berkenaan terlalu lama di situ terkejut apabila mendapati lelaki berkenaan tidak lagi bernyawa.

Menurut laporan portal berkenaan, Ketua Polis Daerah Sepang, Asistan Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tiada nota ditinggalkan di lokasi kejadian.

Setakat ini, siasatan sedang dijalankan pihak forensik dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia mewujudkan talian hotline psikologi untuk petugas barisan hadapan dan mana-mana pihak yang mengalami gangguan emosi susulan wabak Covid-19.

Pihak berkenaan boleh dihubungi antara pukul 8 pagi hingga 5 petang di talian 011-63996482, 011-63994236, atau 03-9359935.-malaysiakini.com

Artikel Lain