suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenali Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai kepada media yang 'berkampung' di kediamannya susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Ke-8, pada Sabtu. Foto: Bernama

TAN Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8, selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memilihnya menggalas jawatan tersebut.

Berikut adalah fakta mengenai beliau:

* Dilahirkan pada 15 Mei 1947, berusia 73 tahun.

* Mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

* Dikurniakan empat anak, dua lelaki dan dua perempuan.

* Berasal dari Muar, Johor.

Tan Sri Muhyiddin bersama keluarga selepas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8 diumumkan dalam satu kenyataan oleh Istana Negara, pada Sabtu.

Penglibatan dalam bidang politik:

* Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978.

* Dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-13 pada 1986.

* Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden Umno bermula 2009 - 2016.

* Digantung jawatan Timbalan Presiden Umno berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Februari 2016.

* Dipecat sebagai Timbalan Presiden Umno pada Jun 2016.

* Menjadi antara tulang belakang yang mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik sebagai Presiden pada September 2016.

* Dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Julai 2017.

Tan Sri Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Presiden Umno pada 2016.

Portfolio Kabinet:

* Menteri Belia dan Sukan (1995 - 1999)

* Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999 - 2004)

* Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004 - 2008)

* Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008 - 2009)

* Menteri Pelajaran (2009 - 2013)

* Timbalan Perdana Menteri (2009 - 2015)

Muhyiddin, Perdana Menteri

Artikel Lain