suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Selamat berkhidmat” - Najib ucap tahniah kepada Muhyiddin

Datuk Seri Mohd Najib mengucapkan tahniah di atas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri di Facebook beliau.

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menyampaikan ucapan tahniahnya kepada Tan Sri Muhyiddin yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

"Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

"Selamat berkhidmat," tulisnya di Facebook pada petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terjawab sudah... Agong pilih Muhyiddin sebagai PM ke-8, angkat sumpah esok

Posting tersebut meraih 2,500 shares dengan dianjiri ribuan komen netizen.

Datuk Seri Mohd Najib mengucapkan tahniah di atas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Awal petang Sabtu, Istana Negara mengumumkan bahawa Muhyiddin dilantik menjadi perdana menteri ke-8, sekaligus mengakhiri persoalan mengenai calon Perdana Menteri.

Kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin itu turut berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan perdana menteri akan diadakan pukul 10.30 pagi Ahad di Istana Negara. - THE STAR

Najib, tahniah, Muhyiddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia