suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin dapat sokongan 114 Ahli Parlimen - Takiyuddin

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa Muhyiddin memperoleh sokongan daripada 114 Ahli Parlimen. Foto: The Star

TAN Sri Muhyiddin Yassin memperoleh sokongan 114 anggota Dewan Rakyat, demikian kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Kami mempunyai sokongan 114 daripada 222 anggota parlimen. Itu bukan lagi kerajaan minoriti,"kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu.

Apabila ditanya sama ada PAS mahu mana-mana jawatan dalam Kabinet baru kelak, Takiyuddin berkata bahawa Ahli Parlimen PAS hanya mahu yang terbaik untuk Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Terjawab sudah... Agong pilih Muhyiddin sebagai PM ke-8, angkat sumpah esok

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin menjunjung kasih perkenaan Agong, mohon keputusan Istana Negara diterima rakyat

"Itu bukan matlamat utama kami. Kami hanya mahu menyelamatkan Malaysia,"katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu sebelum meninggalkan kediaman Muhyiddin, petang Sabtu.

Sementara itu Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa pula berkata beliau gembira kerana soal calon perdana menteri sudah diselesaikan.

"Saya gembira ia telah diselesaikan mengikut Perlembagaan," katanya.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga memberitahu rakyat Malaysia bahawa 'kita masih satu keluarga'.

Awal petang Sabtu, Istana Negara mengumumkan bahawa Muhyiddin dilantik menjadi perdana menteri ke-8, sekaligus mengakhiri persoalan mengenai calon Perdana Menteri.

Kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin itu turut berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan perdana menteri akan diadakan pukul 10.30 pagi Ahad di Istana Negara. - THE STAR

Muhyiddin, Takiyuddin, Ahli Parlimen

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia