suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

6 polis cedera helikopter terhempas

Keadaan helikopter yang terhempas.

ENAM anggota polis cedera apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di Tawau, lewat petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.15 petang.

"Anggota polis yang menaiki helikopter mengalami kecederaan," katanya.

Beliau menambah, helikopter tersebut terhempas di kem Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Kita tidak pasti punca nahas. Siasatan sedang berjalan," ujar Umbuas.

Menurut Umbuas, kesemua anggota polis berkenaan dirawat di Hospital Tawau.

Jelasnya, mereka hanya akan ditanya mengenai insiden sebaik keadaan mereka stabil. - The Star

terhempas, helikopter, polis

Artikel Lain