Covid-19: Vaksin dijangka siap lebih awal - Semasa | mStar

Covid-19: Vaksin dijangka siap lebih awal

Virus itu telah menjangkiti 45,194 mangsa dan menyebabkan 1,114 kematian. FOTO: BERNAMA.

DALAM dua bulan sahaja jumlah kes dan kematian berkaitan novel koronavirus (Covid-19) sudah melepasi bilangan kes dan kematian SARS (sindrom pernafasan akut teruk).

Maka tidak hairanlah pelbagai pihak antarabangsa kini berlumba-lumba dalam penghasilan vaksin bagi mencegah jangkitan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah singgah beberapa bandar, pelancong Kanada antara 7 suspek baharu koronavirus di Sarawak

Ketika artikel ini ditulis, virus itu telah menjangkiti 45,194 mangsa dan menyebabkan 1,114 kematian.

Penghasilan vaksin yang selamat digunakan manusia biasanya mengambil masa bertahun, namun ahli virologi Profesor Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit percaya kali ini, proses itu boleh dipercepatkan lagi.

“Kemajuan teknologi membolehkan kita menghasilkan vaksin cubaan (candidate vaccine) dalam masa beberapa minggu sahaja, berbanding kaedah tradisional yang mengambil masa bertahun,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Turut membantu mempercepatkan proses itu ialah inisiatif saintis China yang pantas mengesan jujukan genom virus itu lalu berkongsi dapatan mereka dengan masyarakat dunia pada 10 Januari.

Ini hanya sebulan selepas pendedahan kes pertama pneumonia disebabkan virus misteri di Wuhan pada 8 Disember.

Situasi ini berbeza dengan masa yang diambil untuk mengenalpasti jujukan koronavirus SARS selepas penyebaran wabak itu pada lewat 2002, iaitu lebih setengah tahun. - BERNAMA.

Artikel Sebelum

Serang Syed Saddiq, 4 lelaki didakwa

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain