suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah singgah beberapa bandar, pelancong Kanada antara 7 suspek baharu koronavirus di Sarawak

Tiga kini dalam pemerhatian di Hospital Umum Sarawak, dua di Hospital Bintulu dan satu di Hospital Sibu. FOTO: BERNAMA.

SEORANG pelancong Kanada yang tiba di lapangan terbang Mulu dua hari lepas, adalah antara tujuh kes suspek baharu novel koronavirus (2019-nCoV) atau Covid-2019 di Sarawak setakat pukul 10.30 pagi Selasa, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Menurutnya sebelum tiba di Mulu, pelancong itu mengadu demam, dan rekod perjalanan menunjukkan beliau pernah singgah di beberapa bandar raya, termasuk Singapura, Bali, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

“Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Miri selepas menjalani tapisan kesihatan yang dijalankan oleh pasukan Jabatan Kesihatan negeri, dan kini dia dikuarantin di hospital berkenaan,” kata jurucakap jawatankuasa itu.

Terdahulu dalam satu kenyataan jawatankuasa itu berkata selain pelancong Kanada, enam lagi pesakit dalam siasatan (PUI) bagi kes-kes 2019-nCoV direkodkan, di mana tiga kini dalam pemerhatian di Hospital Umum Sarawak, dua di Hospital Bintulu dan satu di Hospital Sibu.

“Jumlah kumulatif kes-kes PUI dari 10 Jan sehingga hari ini di Sarawak adalah 67, yang terdiri daripada 49 rakyat Malaysians, 15 warga China dan tiap satu warga Thailand, Indonesia serta Kanada. Dari jumlah kes PUI, 51, disahkan negatif jangkitan koronavirus, manakala 16 kes masih menunggu keputusan ujian makmal,” tambahnya.

Sehingga semalam, Jabatan Kesihatan menjalankan tapisan kesihatan ke atas 5,984 pelawat yang tiba menerusi laluan udara, darat dan air di seluruh negeri.- BERNAMA

Artikel Lain