Pesakit koronavirus dari Singapura tidak melawat Batu Gajah, Perak semasa Tahun Baru Cina - Semasa | mStar

Pesakit koronavirus dari Singapura tidak melawat Batu Gajah, Perak semasa Tahun Baru Cina

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perak, A Sivanesan menafikan laporan kononnya seorang pesakit koronavirus dari Singapura melawat Pusing, Batu Gajah ketika sambutan Tahun Baru Cina, malah tegasnya tiada kes koronavirus dilaporkan di Perak.

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A. Sivanesan menafikan bahawa seorang pesakit koronavirus 2019-nCoV dari Singapura telah mengunjungi Pusing, Batu Gajah sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Cina.

Menurut Sivanesan, setiap penumpang yang datang ke negara ini melalui pengangkutan udara atau darat perlu melalui proses saringan yang ketat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes ke-18 positif koronavirus: 22 kontak rapat dikesan babit 3 ahli keluarga, 19 anggota

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia pertama positif koronavirus tak ke Kelantan semasa Tahun Baharu Cina

"Mereka yang mengembara melalui jalan raya dikenakan pemeriksaan ketat di pusat pemeriksaan imigresen Johor Bahru.

"Sekiranya mereka masuk melalui pengangkutan udara, mereka juga tertakluk kepada pengimbasan yang ketat di KLIA, KLIA2 dan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah,"katanya.

Menurut laporan akhbar tersebut, pesakit yang disahkan sebagai individu ke-39 positif koronavirus di Singapura adalah berasal dari Pusing, Batu Gajah dan telah pulang ke kampungnya pada sambutan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

Laporan itu juga mendakwa, lelaki berusia 51 tahun itu yang berstatus penduduk tetap, bertemu dengan saudara mara dan juga melawat beberapa pusat membeli-belah di Ipoh antara 23 Januari dan 2 Februari.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata pengimbasan yang lebih ketat telah dijalankan untuk mereka yang datang dari Singapura, China dan Thailand.

"Setakat ini, tiada kes dilaporkan di Perak. (Adalah) berita palsu," tambahnya. - THE STAR

Koronavirus , Batu Gajah , Singapura

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain