suria

Kementerian Pengangkutan belum putuskan sama ada mahu gerakkan semula misi mencari MH370

Kementerian Pengangkutan belum memutuskan sama ada akan melancarkan semula pencarian MH370 atau tidak, kerana tiada sebarang bukti baharu mengenainya untuk mengerakkannya semula.

KEPUTUSAN untuk melancarkan semula misi pencarian pesawat MH370 masih belum diputuskan oleh Kementerian Pengangkutan.

Kementerian tersebut berkata, ini kerana tiada sebarang bukti baharu mengenainya kini.

Dalam menjawab laporan berita mengenai pelancaran semula pencarian kapal terbang itu, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan pada Isnin menyatakan, mereka akan mengkaji sebarang bentuk bukti baharu yang diterima secara rasmi.

ARTIKEL BERKAITAN: Benarkah MH370 Ditemui Di 'Google Earth'?

ARTIKEL BERKAITAN: "Sayang Papa, Muhammad nak tahu Papa di mana" - Luahan anak pramugara MH370 berusia 5 tahun undang sebak

“Sebagai tambahan, kementerian juga perlu untuk merujuk kepada China dan Australia, jika sebarang keputusan dibuat bagi melancarkan semula pencarian itu,” katanya.

Satu laporan berita mengenai gerakan pencarian semula dilaporkan pada Sabtu (8 Februari), menyatakan pencarian kapal terbang MH370 mungkin akan dimulakan semula dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Laporan itu menyebut, keluarga mangsa dan kerajaan Malaysia kini sedang melihat kemungkinan menghantar pasukan pencarian dasar laut ‘Ocean Infinity’, untuk satu misi baharu bagi mencari kapal terbang yang hilang itu.

Penerbangan MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 orang penumpang. - BERNAMA

Kementerian Pengangkutan, MH370

Artikel Lain