suria

Hadir diiringi ambulans, Rosmah kelihatan ceria, tersenyum sewaktu tiba di mahkamah

Rosmah mengenakan baju kurung hijau dengan corak bunga sewaktu hadir ke mahkamah pada Rabu.

DATIN Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadapi tuduhan rasuah atas penglibatanya dalam projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar.

Isteri bekas kepada perdana menteri itu tidak hadir ke Mahkamah Tinggi pada Isnin yang mana ia sepatutnya menjadi hari pertama perbicaraan.

Dia dimasukkan ke sebuah hospital untuk rawatan pada Selasa, sebagaimana disahkan oleh peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Rosmah tiba dengan menaiki kereta hitam, diiringi sebuah ambulans pada 9.55 pagi, Rabu.

Ambulans yang mengiringi Rosmah. -foto THE STAR

Mengenakan baju kurung hijau dengan corak bunga, dia kelihatan ceria dan tersenyum kepada petugas media yang mengambil gambar ketibaannya.

Rosmah diwakili Datuk Jagjit Singh, Manjeet Singh Dhillon dan Datuk Akberdeen Abdul Kader.

Ketua pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dijangka membaca pertuduhan itu yang didakwa ke atasnya

Rosmah didakwa terlibat dengan tiga kes meminta dan menerima rasuah.

Kesemua kesalahan itu dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jika sabit kesalahan, Rosmah boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - The Star.

Artikel Lain