suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga RON97 turun 8 sen, RON95, diesel kekal

Gambar hiasan.

HARGA runcit petrol RON97 turun lapan sen selitar manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan memaklumkan harga bahan api berkenaan ditetapkan bagi tempoh 1 hingga 7 Februari ini.

"Berdasarkan pengiraan dibawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.11 seliter dan RM2.18 seliter masing-masing.

"Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.19 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.26 seliter," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan berkata harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

"Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk tersebut, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh tersebut adalah berjumlah RM10.43 juta.

RON95, RON97, diesel, harga petrol

Artikel Lain