suria

Jom bayar kompaun trafik! DBKL tawar kadar khas bermula Februari

Tawaran kadar khas ini adalah tertakluk kepada kesalahan lalu lintas sahaja.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kompaun trafik serendah RM15 bermula 1 Februari hingga 3 Mac sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jabatan Perancang Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad berkata kadar khas kompaun itu ditetapkan bagi motosikal, kereta dan kenderaan berat seperti lori, bas dan lain-lain.

"Tawaran kadar kompaun khas kepada warga kota ini adalah untuk membolehkan mereka membuat penyelesaian terhadap notis kompaun yang masih tidak dijelaskan bagi mengelakkan tindakan senarai hitam diambil terhadap mereka.

"Tawaran itu adalah tertakluk kepada kesalahan lalu lintas sahaja dan tidak termasuk kesalahan yang telah dibawa ke mahkamah yang dalam tindakan undang-undang atau telah disebut di mahkamah serta kes senarai hitam yang mempunyai waran tangkap," katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Beliau berkata sehingga kini, DBKL telah membawa sejumlah 107,547 kes untuk didakwa ke mahkamah dan sehingga 31 Disember lepas, sebanyak 4,914 kes telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Orang awam boleh membuat semakan dan bayaran di semua kaunter bayaran DBKL; semua kaunter Pos Malaysia seluruh negara; secara dalam talian melalui aplikasi Mobis yang boleh dimuat turun melalui Playstore atau Appstore; atau melalui portal MyEG. -Bernama

DBKL, kadar khas, kompaun, diskaun, saman, trafik

Artikel Sebelum

Artikel Lain