Minta isteri ambil lesen kereta, rupa-rupanya petanda ajal... anggota polis rebah ketika berjoging - Semasa | mStar

Minta isteri ambil lesen kereta, rupa-rupanya petanda ajal... anggota polis rebah ketika berjoging

Koperal Khairul Anuar (gambar kecil) rebah secara tiba-tiba ketika berjoging di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan, pagi Rabu. Foto: Sinar Harian

“MAMA ada lesen bawalah kereta sendiri, kalau saya tidak ada nanti macam mana”

Itulah pesanan terakhir yang diucapkan oleh seorang anggota polis kepada isterinya, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir selepas rebah secara tiba-tiba ketika berjoging di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan, pagi Rabu.

Zalilawati Deraman, 45, berkata, kali terakhir dia bertemu arwah suaminya petang Selasa sebelum keluar bekerja pada shif sebelah malam di sebuah kilang di Pengkalan Chepa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuzik terkenal Lok U meninggal dunia selepas balik joging

“Saya masuk kerja pada jam 7.45 malam dan pergi dengan menaiki van syarikat. Pada sebelah petang sebelum itu, kami menjemput anak bongsu berusia tujuh tahun dari sekolah dan bersiar-siar sambil minum di kedai.

“Masa tu dia kata pada saya, Mama (Zalilawati) ada lesen bawalah kereta sendiri, kalau saya tidak ada (meninggal dunia) nanti macam mana,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Dalam kejadian jam 10 pagi Rabu, Allahyarham Koperal Khairul Anuar Md Nor, 44, meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba ketika berjoging di Taman Perbandaran Tengku Anis.

Terdahulu kata Zalilawati, maklumat mengenai kematian suaminya diketahui melalui kenalannya yang datang ke rumah dan menunjukkan penularan gambar suami di aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan kesahihan sebelum kemudian bergegas ke hospital.

Menurutnya, arwah suaminya seorang yang suka berjoging dan mereka berdua juga sering melakukan aktiviti tersebut bersama-sama.

“Saya habis kerja dan tiba di rumah pada jam 10 pagi tadi. Kalau tidak kerja, arwah akan joging bersama saya setiap pagi tetapi hari ini dia pergi seorang diri,”katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gertak Lembu, Salor selepas solat Asar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu jenazah dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat.

Abdul Rahim turut mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Khairul menyifatkannya sebagai satu kehilangan kerana arwah adalah seorang anggota yang sangat berdedikasi, peramah dan disenangi rakan sekerja.

“Kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - SINAR HARIAN

Koperal , joging , rebah

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain