suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bom peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Ipoh

Lokasi penemuan itu di Pelabuhan Darat Terminal Kargo Ipoh, Perak.

SEKUMPULAN pekerja menemui bom peninggalan Perang Dunia Kedua di Terminal Kargo Ipoh, Perak.

Menurut sumber, pekerja tersebut membuat penemuan itu berhampiran trek yang terletak dalam terminal berkenaan pada Isnin.

"Mereka menemuinya pada pukul 8.30 pagi dan percaya ada lebih 20 bom dalam bekas itu," kata sumber.

Pegawai polis dan kakitangan terminal juga ada di lokasi kejadian sewaktu ketibaan media.

Namun, petugas media tidak dibenarkan masuk ke lokasi bom tersebut ditemui.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Mohamad Nordin Abdullah turut mengesahkan penemuan itu.

Namun, pihaknya masih belum mengenalpasti jumlah sebenar bom berkenaan.

"Kami masih menyiasat dan meninggu laporan rasmi," ujarnya dalam satu mesej. - The Star.

Artikel Lain