23 jam gangguan bekalan air di Gombak, KL - Semasa | mStar

23 jam gangguan bekalan air di Gombak, KL

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur selama 23 jam bermula Khamis ini. Gambar sekadar hiasan

SEJUMLAH 120 kawasan di Gombak dan 57 kawasan di Kuala Lumpur melibatkan 119,630 akaun pelanggan berdaftar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 23 jam, mulai Khamis ini.

Ia berikutan pelaksanaan kerja kecemasan penggantian injap sluis di kawasan Kolam Air Kepong Estate yang mengalami kebocoran serius, menurut kenyataan Air Selangor pada Selasa.

"Sehubungan itu, Air Selangor mengeluarkan notis makluman ini agar pelanggan dapat membuat persediaan menghadapi gangguan bekalan air sementara untuk tempoh 23 jam ekoran pelaksanaan kerja penggantian injap bermula 9 malam, Khamis (31 Okt)," kata Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad.

Beliau berkata, bekalan akan dibuka sejurus kerja pembaikan siap dan disasarkan pulih sepenuhnya pada 8 malam, Jumaat (1 November).

Abdul Raof berkata, penggantian injap itu adalah kritikal dan perlu dilaksana segera.

Pelanggan terlibat dinasihatkan menyimpan bekalan air bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan dan Air Selangor akan menggerakkan bantuan lori tangki air dengan keutamaan kepada pelanggan dan premis kritikal serta kecemasan.

Pelanggan boleh menghantar pesanan bagi kes kecemasan dan kritikal melalui aplikasi WhatsApp ke 019-281 6793 atau 019-280 0919.

Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor boleh dihubungi di talian 15300 dan maklumat serta status terkini boleh didapati di laman sesawang www.airselangor.com. - Bernama

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain