suria

Sebahagian kakitangan Utusan akan diserap semula dalam pengurusan baharu

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd yang juga penerbit akhbar harian Utusan Malaysia dan Kosmo, menamatkan operasinya pada Rabu selepas mengalami masalah kewangan. Foto Bernama

SEBAHAGIAN daripada kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad di bawah pengurusan sebelum ini akan diambil semula bekerja di bawah pengurusan baharu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri bagaimanapun tidak memberitahu berapa ramai akan diserapkan semula dalam syarikat baharu tersebut.

"Utusan akan diuruskan oleh syarikat baharu yang akan mengambil alih. 

"Sebahagian mereka akan diserap semula untuk bekerja dengan Utusan yang baharu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa (IGEM) di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), Kuala Lumpur, Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi 80 tahun berakhir, kakitangan Utusan Malaysia diminta kemas barang, pulangkan harta syarikat

ARTIKEL BERKAITAN: Utusan akan terus beroperasi, dua akhbar naik harga

ARTIKEL BERKAITAN: Utusan tidak mampu bayar gaji, bakal ditutup

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai nasib 862 kakitangan Utusan apabila syarikat itu bertindak menamatkan operasinya. 

Pada Rabu, nasib 862 kakitangan kumpulan media Utusan menjadi tanda tanya selepas syarikat itu memberhentikan operasinya tanpa surat pemberhentian kerja mahupun tawaran kerja.

Syarikat tersebut juga belum melunaskan tunggakan gaji selama dua bulan. - The Star 



Utusan, Utusan Melayu

Artikel Lain