Honda Jazz, Toyota Wish antara kenderaan sita dilelong JPJ WPKL bulan depan - Semasa | mStar

Honda Jazz, Toyota Wish antara kenderaan sita dilelong JPJ WPKL bulan depan

Gambar hiasan.

SEBANYAK 100 buah kenderaan sita pelbagai jenis akan dilelong dalam satu lelongan awam siri kedua oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) pada 9 Oktober ini di Dewan Merpati, Kuala Lumpur.

Pengarahnya, Datuk Ismail Zawawi berkata lelongan tersebut membabitkan 66 buah kereta dan 34 motosikal yang sebelum ini disita atas pelbagai kesalahan termasuk dikategorikan sebagai klon.

"Orang ramai yang berminat terlibat dalam lelongan sebelum itu boleh hadir untuk membeli Dokumen Buku Lelong pada 25 September hingga 8 Oktober di Unit Kewangan JPJ WPKL bermula 8.30 pagi hingga 4 petang.

"Pemeriksaan awam kenderaan sita akan dibuat pada 7 hingga 8 Oktober bermula pukul 10 pagi hingga 3.30 petang," katanya pada sidang media sempena lelongan awam kenderaan sita Siri 2 di JPJ WPKL, Kuala Lumpur, Selasa.

Menurut Ismail, pihaknya mensasarkan kutipan sehingga RM1 juta diperolehi menyamai lelongan awam pada siri pertama April lalu.

Sejumlah RM1,053,250 jumlah kutipan kenderaan sita berjaya direkodkan pada siri pertama membabitkan 101 buah kenderaan.

Antara kenderaan yang akan dilelong dalam lelongan awam ini termasuk kereta jenama Honda Jazz, Toyota Wish, Mitsubishi Lancer dan motosikal Honda Wave.

Jumlah kenderaan yang dilelong ini merupakan antara 344 buah kenderaan yang telah disita pihak JPJ WPKL bermula awal tahun ini hingga Ogos.

Orang ramai boleh menghubungi Unit Sita JPJ WPKL di talian 03-41450846 untuk sebarang pertanyaan lanjut. - BERNAMA

kereta lelong , JPJ WPKL , kereta sita

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain