Harga minyak RON97 naik 14 sen - Semasa | mStar

Harga minyak RON97 naik 14 sen

Harga RON97 naik 14 sen bermula Sabtu ini.

HARGA runcit bagi minyak petrol RON97 naik sebanyak 14 sen, manakala RON95 dan diesel tidak berubah.

Kementerian Kewangan berkata harga RON97 meningkat dari RM2.53 kepada RM2.67 seliter mulai Sabtu (21 Sept)  hingga 27 September.

Walau bagaimanapun, harga RON95 dan diesel kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

"Berdasarkan pengiraan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit bagi kedua-dua RON95 dan diesel masing-masing sapatutnya ditingkatkan kepada RM2.37 seliter dan RM2.32 seliter.

"Peningkatan harga minyak dipercayai disebabkan oleh serangan terhadap dua fasiliti minyak di Arab Saudi pada 14 September, yang telah menjejaskan pengeluaran dan eksport minyak dari negara ini.

"Bagaimanapun, sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 15 September, kerajaan akan terus memberi subsidi untuk mengimbangi kenaikan harga minyak akibat insiden itu," jelas kementerian dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kementerian juga menyatakan bahawa anggaran subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan antara 21 Sept dan 27 Sept ialah kira-kira RM123.16 juta.

Mekanisme penetapan harga bahan api mingguan diperkenalkan pada 5 Januari di bawah APM.

Di bawah sistem ini, harga bahan api mingguan diumumkan setiap hari Jumaat dan berkuat kuasa selama seminggu.

Harga minyak , RON97 , RON95 , diesel

Artikel Berikut

Artikel Lain