suria

Keputusan bedah siasat Nora Anne diumum pada Khamis

Keputusan bedah siasat mayat remaja Nora Anne akan diumumkan pada Khamis.

KEPUTUSAN bedah siasat mayat remaja  Nora Anne Quoirin yang ditemui mati di Pantai Hills akan diumumkan pada Khamis.

Polis pada mulanya menjadualkan sidang akhbar pada pukul 5 petang Rabu tetapi kemudian ditangguhkan hingga pukul 8 malam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, pasukan perubatan masih menjalankan tugas mereka.

"Oleh kerana empat anggota masih menjalankan tugas mereka, tidak ada apa yang dapat kita katakan untuk masa ini," jelasnya kepada media yang menunggu di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) pada Rabu.

Mayat remaja berusia 15 tahun itu ditemui di kawasan lurah berdekatan dengan anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari resort yang Nora Anne dilaporkan hilang selepas 10 hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Mayat tanpa pakaian tetapi dalam keadaan sempurna itu ditemui oleh sepasukan pendaki sukarelawan yang menyertai operasi SAR.

Mayat itu kemudian dibawa keluar menggunakan helikopter dan terus diterbangkan ke HTJ.

bedah siasat, Nora Anne

Artikel Lain