suria

Sah! Mayat Nora Anne

Nora Anne.

KELUARGA Nora Anne Quoirin mengesahkan mayat yang ditemui adalah remaja perempuan warga Ireland yang hilang, menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Beliau berkata, keluarga mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban bagi membuat pengecaman mayat, dan mengesahkan ia adalah Nora Anne, yang hilang dari sebuah resort pada 4 Ogos lalu.

Satu bedah siasat akan dilakukan pada pagi Rabu. 

Terdahulu, sekumpulan pendaki menemui mayat yang tidak berpakaian di anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari sebuah resort tempat penginapan Nora Anne, pada pukul 1.57 petang Selasa.

Mayat ditemui dekat Gunung Berembun di Pantai Hills.

Nora Anne, 15, mendaftar masuk di sebuah resort bersama ibu bapanya, Sebastian Marie Philipe dan Meabh Jaseprine Quoirin, serta adik-beradiknya, Innes Julia dan Maurice Arthure, 3 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Nora tidak berada di bilik yang dihuni bersama adik-adik beradiknya, pada keesokan hari. - The Star

Nora Anne

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain