suria

10 kejayaan utama 1 tahun Kementerian Wilayah Persekutuan

Dalam tempoh setahun, Kementerian Wilayah Persekutuan sudah mencatatkan banyak kejayaan.

TEMPOH setahun menyaksikan banyak kejayaan yang dicapai oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) terutama dalam menangani isu kemiskinan bandar.

Kemiskinan bandar merupakan salah satu fokus utama yang ditekankan oleh menterinya, Khalid Abdul Samad.

Kes pengangguran, kekurangan makanan dan ketidakhadiran pelajar ke sekolah merupakan antara isu yang dikaitkan dengan golongan berpendapatan rendah (B40) yang perlu diatasi.

Khalid berkata, salah satu usaha yang dilakukan kementerian adalah membantu memberikan peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menerusi bantuan memberikan peluang pekerjaan tetap, penyewa PPR dapat menyelesaikan tunggakan sewa mereka.

Sehingga kini, ratusan penduduk mendapat manfaat daripada bantuan yang disediakan oleh KWP.

Selain mengatasi isu kemiskinan bandar, KWP turut mencatatkan 10 kejayaan utamanya sepanjang tempoh setahun.


Peningkatan demokrasi pengurusan bandar, perolehan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menyediakan hubungan yang lebih baik kepada penduduk Kuala Lumpur merupakan antara kejayaan tersebut.

Khalid berkata, memperbanyakkan penglibatan wakil rakyat merupakan satu usaha untuk yang besar. Menerusi majlis menteri di DBKL, 11 anggota Parlimen kini turut serta menguruskan DBKL dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dibentuk. 

"Kita juga mengadakan rundingan semula terhadap projek yang meragukan membabitkan 97 transaksi tanah. Kita berjaya mendapatkan RM481 juta untuk DBKL," katanya.

Bagi hubungan yang lebih baik, Khalid berkata, penyediaan perkhidmatan bas percuma Go KL ditambah daripada dua laluan kepada enam laluan, dengan 25,000 penumpang sebulan.

"Dua laluan akan ditambah tidak lama lagi. Setiap tambahan laluan bermakna penggunaan kenderaan persendirian di jalan raya akan berkurangan," tambahnya.

Pelan Kuala Lumpur 2020 yang dilakukan pada Oktober 2018 bagi mengawal pembangunan ibu kota juga merupakan pencapaian kementerian.

Beliau turut berkata bahawa penubuhan Majlis Negara Taman memandu hala tuju pembangunan lanskap dan keindahan negara. 

"Banyak penyelidikan, pembangunan dan pelaburan perlu dilaksanakan," ujar Khalid.

Mengenai arena sukan, Khalid berkata, kementerian mengiktiraf kejayaan atlet dengan memberikan sumbangan penghargaan kepada mereka yang berjaya termasuk pemberian rumah.

KWP juga memberi bantuan kepada sekolah taffiz dengan mendaftarkan semua sekolah tersebut untuk membolehkan mereka dibantu.

Pada tahun ini, sejumlah RM1 juta diperuntukkan kepada sekolah tahfiz.

Kejayaan-kejayaan lain yang dicapai kementerian dalam tempoh setahun adalah pengedaran akhbar mingguan untuk warga kota, WilayahKu dengan 50,000 naskhah setiap minggu dan meningkatkan pendapatan (pembinaan 10 bagang) dan seperti perusahaan bilis secara komersial di Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, taman-taman awam juga diwartakan agar ia kekal. Taman Tugu dan Taman Persekutuan Bukit Kiara dalam proses pewartaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kementerian, layari laman web KWP, Facebook atau Instagram.

Artikel Sebelum

Artikel Lain