suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga RON97 naik 11 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga bahan api RON97 naik 11 sen iaitu daripada RM2.38 seliter kepada RM2.49 seliter bagi tempoh 29 Jun sehingga 5 Julai.

HARGA runcit bahan api RON97 naik 11 sen seliter iaitu daripada RM2.38 seliter kepada RM2.49 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, bagi tempoh 29 Jun sehingga 5 Julai.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat memberitahu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.19 seliter dan RM2.28 seliter masing-masing. 

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan turut memberitahu bahawa anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 29 Jun sehingga 5 Julai berjumlah RM75.16 juta.

Diesel, Kementerian Kewangan, RON97, RON95

Artikel Lain