suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya berseluar dalam, lelaki bersenjatakan pisau 'cari gaduh' di jalan raya

Seorang lelaki hanya berseluar dalam membuat gangguan di jalan raya di Sibu.

SEORANG lelaki yang hanya berseluar dalam dan bersenjatakan pisau ditahan selepas dia mencabar pengguna jalan raya untuk bergaduh, di Jalan Merlin di Sibu, Sarawak pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada seorang kontraktor, salah seorang pengguna jalan raya yang diancam oleh suspek.

"Kontraktor berusia 26 tahun itu mengalami kerugian kira-kira RM700 selepas bonet keretanya dirosakkan suspek," katanya.

Stanley berkata, polis mengesan suspek berusia 28 tahun itu di rumahnya di Belian Lane berhampiran dengan lokasi kejadian, dan suspek membuang pisau di dalam longkang semasa kehadiran pasukan polis.

"Siasatan awal mendapati suspek mengambil dadah jenis ganja secara berlebihan," katanya.

Beliau menambah, suspek akan direman pada Sabtu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata dan Seksyen 437 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda. - The Star

seluar dalam, pisau

Artikel Lain